BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

ISIPADU CECAIR

Pengajaran tentang isipadu cecair merupakan satu topik yang agak abstrak kepada murid. Mereka tidak dapat memberi penanggapan yang tepat pada satu bekas yang tinggi dan kecil  dan satu bekas yang rendah dan leper.

                                                                    Video 1


Video 1 menunjukkan bagaimana konsep pengukuran isipadu diterangkan dengan menggunakan perbandingan 2 bekas yang berlainan saiz.

                                           Video 2

Video 2 menunjukkan bahawa konsep pengukuran  isipadu cecair mudah dipelajari oleh murid kerana ia dapat menarik minat dan mudah difahami dengan penggunaan unsur kartun. Murid mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan tonton.

Bahan Pengajaran



 
Bahan mengajar untuk Kumpulan Pemulihan

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kumpulan  Pemulihan



Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan  Pemulihan

Hasil Pembelajaran :
• Pengenalan  istilah  berkaitan isipadu cecair  dengan menggunakan bekas yang sama besar.
  •   Penuh
  • Separuh penuh
  • Kosong

Bahan/ Alatan
• 3 gelas yang sama besar

Langkah-langkah Pengajaran:

 
1. Bahagikan murid kepada 4 orang dalam satu kumpulan dan bekerjasama semasa menjalankan    aktiviti. 
2.  Mengarahkan seorang murid sebagai ketua kumpulan.
3.  Memberikan bahan dan alatan kepada setiap kumpulan.
4.  Murid perlu melabelkan setiap gelas dengan A, B dan C.
5.  Murid mengisi air ke dalam  3 gelas yang sama besar dengan paras air yang berbeza..  
6.   Murid mengisi jawapan dalam jadual yang disediakan.
   
GELAS  A
GELAS  B
GELAS C
Kosong
Separuh penuh
Penuh

7.  Murid menjawab soalan berikut:
       (a) Air dalam gelas A adalah ________________.
       (b) Air dalam gelas B adalah ________________.
       (c) Air dalam gelas C adalah ________________
8.  Murid-murid akan berbincang dalam kumpulan untuk membuat kesimpulan bekas yang mana satu mempunyai isipadu yang banyak .
9.  Selepas perbincangan dalam kumpulan, murid-murid akan mengatur bekas mengikut susunan menaik.



 
Bahan mengajar untuk Kumpulan  Pengayaan


 
Aktiviti Kumpulan Murid Pengayaan


Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan Pengayaan

Hasil Pembelajaran :
• Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan selinder penyukat
• Membaca bacaan isipadu daripada selinder penyukat.

Bahan / Alatan
• selinder penyukat
• mesin pengisar
• Bikar
• gelas
• baldi
• botol air

Langkah-langkah Pengajaran:
1. Bahagikan murid kepada 4 orang dalam satu kumpulan dan bekerjasama semasa menjalankan tugasan.
2. Mengarahkan seorang murid sebagai pencatat dalam kumpulan
3. Memberikan bahan dan alatan kepada setiap kumpulan
4. Murid mengisi air dalam mesin pengisar  dengan penuh, kemudian tuangkan air perlahan-lahan ke dalam selinder   penyukat.
5. Bacaan silinder penyukat adalah dalam unit piawai  1 liter.
6. Ulangi ukuran air dengan menggunakan air dalam botol air, bikar ,gelas  dan baldi.
7. Murid mengisi jadual yang disediakan:
         
Bekas
Bilangan silinder penyukat (1 liter)
Mesin pengisar
_______________
Botol air
_______________
Baldi
_______________
Gelas
_______________
Bikar
_______________

8.   Murid menjawab soalan berikut:
(a) Air dalam  mesin pengisar   adalah    ________ liter.
(b) Air dalam botol  air  adalah              ________liter.
(c) Air dalam baldi adalah                     ________liter.
(d) Air dalam gelas adalah                    ________liter.
(e) Air dalam bikar  adalah                   ________liter.

9.   Murid-murid akan berbincang dalam kumpulan untuk membuat kesimpulan bekas yang mana satu mempunyai isipadu banyak dan mana satu mempunyai isipadu sedikit.


AKTIVITI  TAMBAHAN – PERMAINAN PENGUKURAN ISIPADU CECAIR


Click Liquid Measure untuk mencuba permainan ini:-

KESIMPULAN  

Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman  dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru.Dari penerangan dan contoh aktiviti yang dijalankan ,guru memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang dapat menyediakan peluang-peluang kepada murid-murid untuk memahami konsep isipadu cecair dengan jelas.

Selain itu guru juga perlu menyediakan bahan-bahan manipulatif yang dapat memberi kesan terhadap murid semasa mereka berinteraksi dengan bahan. Aktiviti murid dengan bahan hendaklah dirancang dengan teliti supaya ianya menjadi satu pengalaman aktif. Iaitu murid bukan sahaja berinteraksi dengan bahan tetapi mereka berfikir semasa melakukan manipulatif. 

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.